“Hai orang-oarng yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan basuhlah
kakimu sampai dengan kedua mata kaki” (al-maidah: 6)
Hukum-hukum wudhu yang disepakati:
- Bahawa anggota wudhu adalh empat: wajah, kedua tangan hingga ke siku, kepala dan kedua kaki sebagaimana yang ternyata dalalm ayat di atas.
- Bahawa anggota wudhu yang di basuh adalah tiga selain kepala, yang terakhir ini di sapu atau di usap, anggota yang dibasuh tidak cukup dengan disapu sementara jika anggota yang diusap itu dibasuh, maka hal itu termasuk sikap berlebih-lebihan.
- Bahawa kewajiban membasuh atau mengusap masing-masing anggota adalah sekali dengan syarat sempurna.
- Bahawa sunnah membasuh adalah tiga kali dan tidak labih, sementara mengusap diperselisihkan.
- Bahawa sebelum berwudhu disyariatkan membasuh kedua telapak tangan tiga kali dan mengucapkan basmalah.
- Bahawa batasan wajah adalah tempat tumbuhnya rambut yang umum sampai bahagian bawah dagu, dan apa yang ada di antara kedua telinga.
- Bahawa berkumur dan istinsyaq termasuk perkara yang disyariatkan sebelum membasuh wajah.
- Bahawa membasuh kedua tangan dilakukan sampai siku, dan ‘sampai’ di sini beerti ‘dengan’ dan ‘bersama’, ertinya siku termasuk harus dibasuh.
- Bahawa mengusap seluruh kepala termasuk perkara yang disyariatkan, perselisihannya terjadi pada cukup tidaknya mengusap sebahagian kepala.
- Bahawa membasuh kedua kaki adalah sampai kedua buku lali.
- Bahawa anggota yang berpasangan disyariatkan membasuh anggota kanan sebalum anggota kiri.
harap-harap penerangan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca............
^terima kasih^
Sumber : http://nikmanmohd.blogspot.com/p/empat-anggota-wudhu-yang-wajib.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar